-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasangan hidup yang saya impikan ialah seorang yang mentaati ALLAH dan Rasulullah. Iya…saya tahu ia memang prasyarat utama setiap orang begitu juga saya. Saya tidak mengharapkan dia dapat berjemaah 5 kali sehari dimasjid tapi cukuplah sekadar Subuh, Maghrib dan Isya’ sahaja. Yer la kan..saya juga consider, mungkin dia perlu outstation luar daerah kan.,jadi mana boleh nak berjemaah sama dengan jemaah lain. Dia mesti kena jama’ qasar kan. (Hehehe..panjang betul angan-angan aku…siap outstation bagai) Lagi menarik dia membawa saya dan anak-anak kami ke masjid bersama-sama untuk menunaikan Solat Maghrib dan Isya’. Saya juga berharap dia dapat menegur saya sekiranya saya mula mengingkari perintah Tuhan kami. Dia boleh kenakan denda-denda buat isteri sekiranya saya tidak mendengar arahannya. Iya, saya mesti merajuk dengannya tapi mesti saya bangga sebab dia betul-betul mengaplikasi baitul muslim Rasulullah. Dia akan menjaga saya dan anak-anak bukan setakat jagaan dunia sahaja tetapi jagaan sehingga akhirat agar dia tidak dihumban ke neraka disebabkan saya,isterinya.
*korang..jomla buat kontest ni sama2...
katahatiku1: ALHAMDULILLAH..semangat makin pulih.
katahatiku2: Please pray for my success =D




















